Contoh Surat Serah Kuasa Hak Penjagaan Anak.

Assalammualaikum,

Baru baru ini KM ada terima satu email dari Saudari Fadilah Karim menanyakan mengenai contoh Surat Serah Kuasa Hak Penjagaan Anak. Berikut adalah isi kandungan email yang KM terima

Name: Fadilah Karim

Subject: surat serah kuasa hak jagaan anak

Message: Assalammualaikum…..

saya ringkaskan cerita….tahun depan anak saudara saya akan tinggal
dengan saya…abang saya(ayah anak saudara)dikehendaki membuat surat
serah kuasa…boleh tolong dapatkan saya sample surat tu tak…saya
dah search tapi tak jumpa…jika keberatan abaikan saja mesej
ini….sebenarnya saya ada baca entry saudara mcm mana nak buat surat
rasmi, ni yang nak cuba nasib….perhatian saudara amat saya
hargai…terima kasih..

Menjawab email dari Saudari Fadilah, buat masa ini KM belum pernah draf atau buat Surat Serah Kuasa Hak Penjagaan Anak. Tetapi KM boleh berikan cara yang lebih baik kepada saudari Fadilah menyelesaikan masalah ini. Kalau saudari hanya menjaga anak saudara itu sementara sahaja yakni sementara ketiadaan ibu-bapa mereka, lebih baik saudari dan abang saudari merujuk kemana-mana pejabat peguam untuk mendapatkan surat ‘sumpah’. Surat ini akan memberikan kuasa kepada saudari sebagai penjaga sementara kepada anak saudara saudari itu. Dalam surat sumpah tersebut saudari dan abang saudari akan sama-sama menandatanganinya. Kosnya hanya belasan ringgit sahaja.

Sebaliknya jika saudari ingin menjadikan anak saudara tadi sebagai anak angkat, dan dipersetujui oleh abang saudari maka perkara ini perlu dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). JPN akan mengeluarkan surat dan saudari serta abang saudari juga perlu mendapatkan surat sumpah seperti diatas.

Harap cara diatas dapat membantu.

 

Number of View :13513

15 Responses to “Contoh Surat Serah Kuasa Hak Penjagaan Anak.”

  • Rocky Pillay:

    “Contoh Surat Serah Kuasa Hak Penjagaan Anak”

    Saya (Rocky Bukan Islam) pehak bapak berwarga negara malaysia,
    Isteri saya (Suzie Bukan Islam) berwarge negara Indonesia,
    Anak Perenpuan saya (Alexis Bukan Islam) berwarga negara malaysia,

    Saya ingin Hak Penjagaan Anak saya yang berumur 3 Tahun, selepas cerai antara isteri saya dan bersetuju dan berjanji tidak akan menuntut mutaah, nafkah edah, nafkah tertunggak dan hutang selepas bercerai pada bila-bila masa dan apa-apa juga keadaan.

    perhatian saudara amat saya
    hargai…terima kasih..

    • lee micheal:

      subject: surat hak penjagaan anak

      saya(lee micheal) ayah kepada nani dan mempunyai 4 orang cucu yang tinggal bersama-sama saya.

      Saya ingin surat Hak Penjagaan Anak dari nani supaya dia tidak akan menuntut balik Hak Penjagaan anaknya di sebabkan dia telah mengabaikan anaknya dan meminta saya untuk menjaga anaknya

      • KMCS:

        Salam 1 Malaysia

        Daripada masalah yang En.Lee nyatakan, Saya membuat andaian yang anak En.Lee Nani telah memberikan penjagaan 4 orang anaknya kepada En.Lee. Tetapi tiada dokumen yang sah mengatakan En.Lee adalah penjaga.

        Apa yang perlu En.Lee lakukan ialah merujuk kepada mana-mana pejabat peguam, minta drafkan satu surat akuan hak penjagaan anak sebagai perjanjian oleh Nani kepada En.Lee. Kosnya hanya belasan ringgit sahaja.

        Pastikan juga anak En.Lee hadir sama.

        • Samundiswary Naidu:

          Salam 1 Malaysia,

          Saya telah menjaga 3 orang anak abang saya sejak kecil, umar yang sulong 22 tahun, kedua 20tahun and yang ketiga 19thn dgn tidak mempunyai dokumen kebenaran hak penjagaan sehingga ketika saya mahu untuk income tax. Sekiranya saya hanya membuat surat hak penjagaan daripada abang saya, anak kepada anak-anak ini, Adakah saya boleh buat tuntutan income tax utk anak jagaan saya? Selama 22tahun menjaga mereka saya tidak pernak tuntut dari lembaga hasil dalam negeri.
          Yuran sebulan bagi 3 orang anak saudara saya mencecah RM3000+ tidak termasuk yuran tahunan lagi. Boleh tak saya dapat contoh surat dan apakah procedure.

          Terima Kasih

          Iswary

  • sfsh:

    Mungkin dalam bulan 5..sy dpt anak angkat..so mcm mana yer prosider dia..seperti buat akuan sumpah, my kids, dan sebagainya..adakah surat itu sy yg sediakan atau hanya pergi ke pejabat pesuruhjaya sumpah?

    • KMCS:

      Salam 1 Malaysia.

      Ya, selepas bayi bersalin anda perlu bawa ibu anak tersebut ke pejabat pesuruhjaya sumpah. Peguam akan sediakan surat akuan memberi hak penjagaan anak kepada anda. Kemudia barulah anda daftarkan bayi tersebut ke pejabat pendaftaran besama surat peguam tersebut.

  • Yusman:

    Salam 1 Malaysia,

    Saya telah menjaga cucu saudara saya selama 7 thn dgn tidak mempunyai dokumen sehingga ketika mahu mengambil insuran utknya agen menyatakan adalah lebih baik kalau ada surat kebenaran hak penjagaan. Sekiranya saya hanya membuat surat hak penjagaan sementara (akuan bersumpah), adakah saya boleh buat international passport utk anak jagaan saya? Adakah surat tersebut boleh di gunakan dalam apa juga kegunaan rasmi contohnya ketika di hospital, sekolah ??

    Yusman

    • KMCS:

      Salam 1 Malaysia,

      Maaf Saudara Yusman kerana lambat reply comment anda. Sepanjang pengetahuan saya, Tiada masalah. Ini kerana situasi adik saya juga seperti saudara. Segala urusan menjadi mudah sekiranya ada surat hak penjagaan anak tersebut. Sehingga hari ini adik saya belum manghadapi apa-apa masalah. Tetapi untuk membuat passport antarabangsa, saya kurang pasti prosedurnya. Mintak saudara rujuk dahulu pejabat pendaftaran.

  • joezack:

    saya ingin membuat surat penjagaan hak anak lelaki saya. mean.. anak lelaki saya itu berada di bawah jagaan saya.. ada tak contoh surat. tolong

    • KMCS:

      Seperti yang KM pernah beritahu sebelum nie, sekiranya Saudara telah bercerai dan bekas isteri memberikan saudara penjagaan penuh anak lelaki saudara, jadi lebih baik saudara berjumpa peguam untuk drafkan surat penjagaan.

  • [...] anda berdua tidak bermasaalah lagi dengan anak angkat dari sudut hukum kerana anak tersebut sudah menjadi anak [...]

  • MOHAMMAD HANAFFI ABDULLAH:

    ASSALAMUALAIKUM,
    Mohon bantuan untuk contoh membuat surat sumpah sebagai penjaga kepada anak yang tiada pertalian saudara.

    • KMCS:

      @Mohammad Hanaffi : Untuk makluman tuan, surat sumpah sebagai penjaga anak hanya diberikan kepada tuan oleh pihak peguam yang tuan lantik untuk menguruskan hal hak penjagaan anak tuan. Surat ini bukannya seperti surat yang kita taip atau tulis sendiri. Harap maklum.

  • sya:

    salam…saya telah pun brcerai tahun 2010..punyai sorang anak dan bekas suami bersetuju untk berikan hak penjagaan pd saya tp pakai mulut je..saya nak daftarkn ank ke sekolah untk tahun depan tp cikgu mntak surat penjagaan ank..saya telah pun pergi ke mahkamah untk urusan ni tp menjadi rumit sebab saya kena buka fail,kne hantar surat saman pd bekas suami,jdi kne la turun naik mahkamah.. saya da mntak alamat bekas suami tp die enggan berikan sebb takut kne tangkap punca xberi nafkah pd ank saya selama kmi bcerai..puas saya terangkn tp dia masih xpaham2..ni akn merumitkn lg kes saya kt mahkamah nnti..jd tuan ade x cara lain untuk saya dptkan surat hak pnjagaan ank saya ni…kawan saya ckp pergi je kt tempat buat surat sumpah..betol ke?? kalau btol,bagaimanakah caranye??

    • KMCS:

      @Sya : Salam, KM tak pasti kenapa pula cikgu perlukan surat penjagaan anak pula sedangkan anak tersebut anak Puan, walaupun bercerai anak itu adalah anak Puan atau bekas suami tidak kira siapa yang daftarkan di sekolah. Perkara ini adalah masalah pihak sekolah.

      Saya tidak faham kena pula kes hak penjagaan anak Puan menjadi boleh berubah menjadi kes tuntutan nafkah anak. Melainkan Puan yang membuat tuntutan.

      Kalau bekas suami Puan bersetuju untuk memberikan hak penjagaan anak kepada puan, Puan boleh rujuk komen saya di sini.

Leave a Reply

Rahsia Instagram