Jadikan Anak Angkat Anak Susuan.

anak angkat susu ibu

Anak Angkat Jadi Anak Susuan.

Assalamualaikum, KM tertarik dengan artikel soal jawab tentang anak angkat dalam akhbar Metro hari ini. Jadi KM nak kongsikan dengan anda semua.

Soalan dari Aris, Selangor

Saya baru sahaja mengambil anak angkat lelaki. Adakah batal air sembahyang antara anak angkat dengan isteri saya apabila dia sudah mencapai umur akil baligh?.

Sekiranya Isteri saya menumpangkan susu badan, adalah perkara diatas dapat diselesaikan?

Jawapan dari Dr Abdul Salam Muhammad Shukri.

Mengambil anak angkat dibenarkan dalam Islam. Secara dasarnya anak angkat dikira sebagai orang asing dan bukan mahram. Segala peraturan dengan bukan mahram berlaku termasuk persoalan aurat dan batai air sembahyang apabila mencapai umur baligh. Padahal anda berdua dipanggil ibu dan ayah.

Islam memberi jalan keluar kepada masalah diatas dengan menjadikan isteri anda sebagai sususan iaitu memberi susu badan kepada anak angkat berkenaan.

Malah Islam ,emnsyaratkan susuan itu dengan lima kali kekenyangan bagi melayakkan anak angkat menjadi anak susuan. Sekiranya isteri tidak mempunyai susu badan kerana tidak mengandung isteri dibenarkan berjumpa doktor pakar Islam yang amanah.

Doktor boleh memberi nasihat dan seterusnya membenarkan isteri memakan ubat yang boleh mengeluarkan hormon supaya menghasilkan susu badan.

Pastinya anda berdua tidak bermasaalah lagi dengan anak angkat dari sudut hukum kerana anak tersebut sudah menjadi anak susuan.

Majlis Fatwa Kebangsaan juga membenarkan wanita menyusukan anak angkat dalam keadaan ini ;

1. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-wanita-menyusukan-anak-angkat

2. http://ustazsyed.blogspot.com/2012/02/hukum-hakam-berkait-anak-angkat.html

Kredit Info : Harian Metro : 31/08/2012 /Anak Angkat Jadi Anak Susuan

1,436 total views, 6 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



2 Responses to “Jadikan Anak Angkat Anak Susuan.”

  • baizura mazlan:

    saya mengambil anak angkat sekarang berumur 4 thn, bagai mana cara terbaik utk sya jadikan dia anak susuan. jika sya ada akak ipar yg baru bersalin. sya mencampurkn susu bdn dgn susu formula utk mengelakkn dri haram bersentuhan.???

  • Taniah Isza, semangat ibu mcm ni yg kita pukelran.. faktor persekitaran mmg kdg2 wat kita pening kepala..Teruskan usaha, selagi apa yg kita buat betul n tak langgar hukum hakam.Sekiranya ada apa2 yg mampu Yan bantu, bitau ye.. taniah n syabas sekali lg. Babay sgt bertuah dpt ibu mcm Isza.

Leave a Reply

Archives