Menjawab Soalan 1 – Kes Tuntutan Hak Penjagaan Anak

Post ini adalah menjawab kepada komen daripada En.Rocky Pillay mengenai tuntutan hak penjagaan anak.

Tuntutan Hak Penjagaan Anak

Tuntutan hak penjagaan anak sentiasa menjadi isu apabila suami isteri bercerai. Tidak kira samaada yang beragama Islam dan bukan beragama Islam. Dalam masalah ini pasangan yang bercerai harus memikirkan situasi yang bakal dihadapi oleh anak. Perbincangan antara suami isteri bercerai harus dilakukan.

Sekiranya ibu bapa tidak dapat mencapai persetujuan ke atas siapa yang berhak atas tuntutan hak penjagaan anak tersebut maka hak penentuan adalah ke atas mahkamah syariah. Jika pasangan bercerai beragama Islam.

Tuntutan Hak Penjagaan Anak Bukan Beragama Islam

KM tidak pasti pula prosedurnya. En.Rocky mungkin boleh rujuk atau melantik peguam yang bertauliah. Harap ada pengunjung boleh ini yang boleh membantu.

Dalam Islam Secara fitrahnya, anak-anak yang kecil sememangnya dipertanggungjawabkan kepada ibu. Namaun begitu jika anak berumur 7 tahun mereka boleh memilih untuk mengikut ibu atau bapa.

4,458 total views, 4 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



25 Responses to “Menjawab Soalan 1 – Kes Tuntutan Hak Penjagaan Anak”

  • salam…sy ingin tuntut hak anak kandung x sah taraf daripada keluarga anak angkat..bagaimana caranya utk sy tuntuk semula anak sy..

    • KMCS:

      Salam 1 Malaysia

      Dalam situasi ini saya nak tahu, adakah saudari pernah memberikan hak penjagaan anak kepada keluarga anak angkat tersebut seperti situasi sfsh. Sekiranya ya, Mungkin agak sukar kerana saudari dengan rela hati memberikan hak penjagaan anak tersebut kepada keluarga anak angkat. Dan dipersetujui bersama di hadapan peguam. Tetapi sekiranya saudari mahu mengambil tindakkan undang-undang untuk menuntut anak tersebut peluangnya amat tipis. Kecualilah jika tiada apa-apa surat akuan penjagaan anak itu mungkin berjaya. Harap jawapan ini dapat membantu.

  • aisya:

    salam..saya telah berbincang dgn bekas suami bahawa hak pnjagaan adalah ke atas saya..mcm mana sy nk buat sebarang agreement dgn bekas suami supaya x timbul sebarang masalah atau tntutan di masa akan dtg..

  • annie:

    salam.saya telah bercerai 8 tahun lalu.saya mempunyai 2 anak.seorang anak dibawah jagaan saya dan seorang lagi dibawah jagaan bekas suami.bagaimana saya boleh menuntut kembali jagaan anak tersebut.anak saya itu kini berusia 15 tahun.harap dapat bantuan.terima k.asih

    • KMCS:

      @Annie : Selalunya anak yang berumur kurang 7 tahun, hak penjagaan diberi kepada ibu. Selepas umur 7 tahun anak berhak memilih untuk tinggal dengan siapa yang mereka mahu (Ibu atau bapa). Sekiranya pada peringkat permulaan saudari bercerai hak penjagaan ditetapkan oleh mahkamah, rasanya arahan mahkamah itu sudah muktamat. Agak sukar untuk saudari menuntut kembali hak penjagaan tersebut. Namun dalam situasi lain jika anak dibawah jagaan bekas suami tersebut terabai, dengan alasan ini mungkin saudari berpeluang menuntut hak penjagaan anak tersebut.

  • Sheeda:

    salam,saya telah bercerai dengan suami awal tahun 2012.sebelum ini saya dengan suami telah bersetuju untuk memberi suami untuk menjaga anak-anak kami berusia 5 dan 7 tahun(luar mahkamah).tetapi baru-baru ini keluarga bekas suami banyak menghalang saya berjumpa dengan anak-anak saya.untuk pengetahuan puan/tuan,anak-anak saya boleh dikatakan dijaga oleh ahli keluarganya(ibu dan bekas adik ipar saya) kerana bekas suami saya bekerja tidak tentu masa dan income yang tidak menentu(pemandu teksi airport).saya ingin meminta pendapat,adakah saya perlu memfailkan tututan di mahkamah dan apa peluang saya untuk menang kes itu?

    • KMCS:

      @Sheeda : Disinilah masalah timbul bila kita tiada surat hitam putih. Cakap mulut sahaja belum tentu boleh menjadi bukti.
      KM bukanlah arif tentang masalah ini tetapi dari segi logiknya Cik boleh memfailkan tuntutan ke mahkamah. Umur anak Cik sudah cukup sesuai untuknya menentukan dengan siapa dia hendak tinggal.Yang pastinya pihak bekas suami Cik juga pastinya tidak akan berdiam diri.
      Melainkan Cik ada alasan kukuh mengapa anak itu harus diberikan hak penjagaan kepada Cik. Sebagai contoh, anak didera dan tidak terurus.

      • Sheeda:

        secara jujur sy x brapa selesa dengan persekitaran kawasan tmpat anak sy tinggal tu..adakah kawasan persekitaran juga boleh diambilkira

        • KMCS:

          @Sheeda : Penjelasan Cik tidak suka dengan persekitaran kawasan itu perlu lebih meyakinkan pihak mahkamah, bagaimana pula dengan anak tersebut. Pendapat dia juga pasti diambil kira. kalau anak tersebut kata tiada masalah dengan persekitaran kawasan tersebut susah juga.

  • sofea:

    Sy amat runsing dan sangat tertekan…sy tetap seorang ibu walaupun sy x pernah brpeluang mnjaga anak sy sendiri.demi allah sy amat menyesal atas apa yg telah berlaku..sy mempunyai hati perut dan perasaan..walaupun sy telah menyerah kn anak sy pd keluarga angkat,x brmakna sy buang anak sy jauh2 dlm kehidupan sy…sy teringin berjumpa dgn anak sy..tapi keluarga angkat ank sy x izin kn sy brjumpa dgn ank sy….demi allah sy teramat-amatrindu kn anak sy..perasaan rindu tu hanya allah je yg tahu…tolonglah sy…tolong beri cadangan apa yg patut sy buat supaya sy dapatbertemu dgn anak sy..

    • KMCS:

      @Sofea : Maaf kerana lambat membalas komen anda ini, dalam situasi anda ini, saya nak bertanya sekiranya semasa anda menyerahkan anak kepada keluarga angkat ada atau tidak surat hitam putih, maksudnya surat hak penjagaan anak.

      Anda perlu faham surat penjagaan anak serta surat pengambil anak angkat adalah berbeza. Jika sah ada surat mengambil anak angkat, sara berpendapat anda kena akur kepada kehendak keluarga angkat.

      Sekarang hanya budi bicara dari keluarga angkat anak anda yang dapat membantu.

  • Zeti:

    Salam. Anak sulong akan mendaftar ke darjah satu di sekolah pada thn 2014. Oleh itu saya sekarang sibuk hendak mendaftarnya. Akan tetapi, pihak sekolah memerlukan surat hak penjagaan kerana status ibubapa sudah bercerai.
    Memang perlu masuk mahkamah untuk mendapatkan surat ini, walaupon saya & bekas suami bersetuju secara lisan, anak2 akan bersama dengan saya.
    Saya takut ambil masa yg lama sebab tarikh akhir daftar adalah hujang bulan ini.

    • KMCS:

      @Zeti : Maaf kerana lambat membalas komen anda ini, Saya pun tidak faham dengan sistem pendaftaran sekarang ini, walaupun ibu dan bapa sudah bercerai dan anak tinggal dengan pasangan yang bercerai, masih ada lagi masalah hak penjagaan anak ini.

      Mengikut pengalaman saya , anda perlu bersama-sama suami mendapatkan surat penjagaan ini. Dengan surat ini anda mempunyai kuasa penuh atas keputusan untuk anak tersebut.

  • dongson:

    sy ingin ertanya sekiranya anak sesebuah pasangan itu pernah diganggu oleh ayahnya iaitu mencabul(suami menonton video lucah bersama anak, memegang alat kemaluan) adakah hak penjagaan akan dpt pd ibu kerana pd masa yg sama juga si ibu tiada penginapan hanya menumpang rumah saudara, selalu pulang kerje lewat malam, makan minum anak tidak terurus, pendapatan si ibu jg x menggalakkan terpaksa memohon bantuan dari ahli keluarga yg lain. Tambahan pula si ibu juga sebelum ini selalu setiap kali bergaduh akan lari dari rumah n membawa anak2 bersama.

    • KMCS:

      @Dongson : Maaf kerana lambat membalas komen anda ini, dalam hal ini anda patut mendapat nasihat dari mereka yang arif tentang perundangan. Ini kerana telah melibatkan pencabulan kanak-kanak. Ibu-bapa bergaduh itu hal lain. Anda patutnya melapurkan kepada pihak berkuasa.

  • Aina:

    Saya telah bernikah dan bercerai di Selatan Thai. Saya mempunyai anak perempuan berusia 3 tahun melalui perkahwinan ini. Untuk makluman, sejak bersalin hingga kini hanya saya yang pelihara anak kerana bekas suami lepas tangan tanpa beri nafkah dan tidak pernah pulang. Saya pergi ke pjbt agama di sini (malaysia) dan mereka kata saya perlu didakwa di mahkamah kerana nikah tanpa kebenaran (saya telah lakukan ketika baru kahwin dan didenda RM700- hanya saya didenda, bekas suami tidak dipanggil) dan bercerai luar mahkamah (belum buat lagi) kerana menurut mereka ia bertujuan memudahkan saya dapat surat nikah dan cerai Malaysia sebelum dapat membuat tuntutan hak penjagaan anak. Persoalan saya, bolehkah saya dapatkan hak penjagaan anak tanpa melalui prosuder ke mahkamah yang memerlukan saya mengeluarkan belanja yang banyak seperti sebelum ini? Saya berasa tidak adil kerana bekas suami terlepas begitu sahaja.

    • KMCS:

      @Aina : Maaf kerana lambat menjawab pertanyaan anda. KM tiada pengalam tentang perundangan Islam mengenai tuntutan cerai. Ternyata anda telah dikenakan denda kerana kerana nikah tanpa kebenaran.
      Pun begitu jika suami tidak pernah pulang (rujuk lafaz taklik), anda boleh mohon fasakh di pejabat agama.
      Dan sekiranya bercerai luar mahkamah tanpa sebab juga anda akan dikenakan denda.
      Hak penjagaan anak yang kurang dari 7 tahun selalunya diberi kepada ibu. Anda anda alasan kuat jika suami ingin menuntut anak nanti ( bekas suami lepas tangan tanpa beri nafkah dan tidak pernah pulang)
      Nasihat KM untuk anda dapatkan bantuan peguam syarie untuk selesaikan dahulu masalah pernikahan dan cerai anda.

  • Liza:

    Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan bagaimana prosidur utk mendapatkan surat pengesahan penjagaan anak dari mahkamah. Utk makluman, saya bercerai secara baik dan secara lisan nya saya menjaga anak yg berumur 13 tahun dari bekas suami. Saya perlukan surat ini bagi mendapatkan visa umrah bagi anak. Tkasih

  • ina:

    salam,sy ingin bertanya soal tuntutan ank tk sah tarap thadap keluarga angkat.sy dh pn tndatangan surat perjanjian sumpah serta surat penyerahan ank angkat dr jpn.jika sy sudh ad status brkahwin..bolehkh sy menuntut semula ank sy.lgpun,sy serahkan ank sy tnpa pengetahuan ayah kandung kpd anak sy.dn jika kami bdua sudh bstatus suami isteri,apakah cra yg bkesan utk sy tntut semula anak sy.mohon bntu sy..

  • nathdya:

    saya mempunyai seorg anak angkat yang diambil seawl kelahiran lagi. setelah dijaga selama setahun 2 bulan. ibu kandungnya nak ambil balik. anak ini adalah anak tak sah taraf. semasa mengambil anak tersebut saya telah membuat surat hitam putih untuk mengambil anak tersebut dan ditandatangani oleh ibu kandung. soalan saya, sebagai ibu kandung bolehkah saya mendapatkan penjagaan untuk anak ini. sekian.

  • Mohamed:

    Salam. Saya telah menjaga seorg bayi yg tak sah taraf dr Umur 7bulan sehinggalah umur 3.5tahun. Selepas 2 thn saya menjaga, ibunya telah menyerahkannya kpd saya sbg anak angkat. Semua prosedur anak angkat JPN saya turuti & juga Surat Sumpah. Selepas semua dokume lengkap & bbrp sesi temuduga, saya berjaya & sijil anak angkat telah diberikan kepada saya. Bagaimanapun, baru2 ini anak saya telah dilarikan oleh ibu kandungnya selepas ibu saya memberikannya izin utk berjumpq dgn anak angkat saya. Apakah yg saya harus lakukan skrg? Utk pengetahuan, ibu saya meninggal dunia selepas bbrp bulan akibat dari tertekan & murung ekoran peristiwa itu. Apakah hak saya? Siapakah yg berhak terhadap anak itu skrg, memandangkan ibunya tidak layak kerana tidak bekerja tetap & tidak menjaga anak tersebut serta tidak mempunyai akhlak yg baik.
    Sekian, terima kasih.

    • KMCS:

      @Mohamed : KM rasa saudara kena mengambil tindakkan undang-undang. Ini kerana ibu anak tersebut tidak lagi mengikuti peraturan yang talah ditetapkan semasa menyerahkan anak tersebut kepada saudara. Walaupun saudara telah memberikan kelonggaran kepadanya.

  • LINA:

    salam. KM saya ada mengambil seorg anak angkat perempuan kita baru berusia 3bln. saya dan ibu bayi tersebut telah membuat angkat sumpah tetapi kini ibu bayi sy ingin mgambil semula anak tersebut sedangkan saya telah memberi susu badan saya selama 2minggu lebih.Adakah ibu kandungnya masih berhak mgambil anak tersebut.

  • mohd hairi ismail:

    Saye ade 1 masallah disini mengenai persekolahan .saudara saye ade seorang ank lelaki berumur 7thn.ibu nya mengunakan permit kerja..ank lelaki nya lahir disini dan mempunyai surat beranak teyapi tiada mykid..utk pengetahuan tuan bapanya berada di indonrsia ..dan anak nya ini dijaga oleh neneknya yg status P.R..boleh kah anak ini memohon untuk bersekolah batuan kerajaan disni.apakah cara yang perlu pemohon buat untuk memboleh kan anak nya ini mendaftar di sekolah ketajaan.

  • […] pernah memberikan hak penjagaan anak kepada keluarga anak angkat tersebut seperti situasi sfsh. Download Tuntutan Hak Penjagaan Anak – Contoh […]

Archives