Menjawab Soalan 2 – Anak Susuan

Post ini adalah menjawab kepada Komen Saudari Baizura Mazlan mengenai anak susuan.

Assalamualikum,

KM pernah siarkan artikel mengenai menjadikan anak angkat sebagai anak susuan. KM rasa ini penting kerana kita kalau mengambil anak angkat mesti nak ada pertalian dengan anak tersebut. Menjadikan anak tersebut sebagai anak susuan adalah jalan penyelesaiannya. Saudari Baizura Mazlan boleh baca artikel tersebut

KM pun tidaklah arif sangat dalam hal ini, tetapi untuk menjawab soalan dari Saudari Baizura Mazlan, KM nak ceritakan pengalaman KM dalam hal ini.

Adik KM telah berkahwin dan sehingga kini masih belum ada rezeki mendapat anak, lapan bulan yang lalu adik KM dan isterinya telah mengambil anak angkat lelaki. Untuk mewujudkan pertalian itu adik KM menjadikan anak angkat tersebut sebagai anak susuan. Adik ipar KM pula tiada adik perempuan mahupun kakak ipar. Adik beradik perempuan KM pula tiada yang bersusu badan.

Bagi KM, menjadikan kakak ipar sebagai ibu susuan agak kurang sesuai kerana kakak ipar adalah orang luar, kalau boleh jadikanlah adik-beradik sendiri sebagai ibu susuan anak angkat tersebut.

Berbalik kepada situasi adik KM tadi, dia menjadikan ibu saudara adik ipar yang masih menyusukan anak sebagai ibu susuannya.

Seperkara lagi cara menyampurkan susu itu rasanya salah. Anak tersebut mestilah menyusu badan sehingga 5 kali kenyang sebagai syarat untuk menjadikan anak angkat sebagai anak susuan. Bukannya dicampur dengan susu formula. Harap jawapan ini dapat membantu.

 

1,057 total views, 3 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



One Response to “Menjawab Soalan 2 – Anak Susuan”

Leave a Reply

Archives