Siapa Patut Dapat Hak Penjagaan Anak.

Kedua-dua ibu bapa mempunyai hak untuk memohon hak penjagaan anak. Walau bagaimanapun, mahkamah hanya akan menyerahkan hak penjagaan kepada salah seorang daripada mereka (ibu atau bapa) sahaja.

Anak

Jika kanak-kanak itu tidak sesuai tinggal bersama ibu bapanya, mahkamah juga boleh menyerahkan hak penjagaan kepada:

· Seorang saudara mara

· Sebuah organisasi yang menangani kebajikan kanak-kanak

· Mana-mana individu lain yang sesuai

Anda boleh memohon mendapatkan hak penjagaan anak jika:

· Anda telah bercerai

· Anda dan suami anda telah berpisah

Dalam menilaikan siapa yang harus mendapat hak penjagaan, mahkamah akan mempertimbangkan perkara-perkara berikut:

· Isu utama ialah kebajikan kanak-kanak itu dan apa yang terbaik baginya

· Kedua, permintaan ibu bapa

· Ketiga, permintaan kanak-kanak itu jika dia telah cukup matang untuk memberi pendapatnya sendiri

· Jika kanak-kanak itu sedang tinggal dengan salah seorang dari ibu bapanya, mahkamah mungkin tidak mahu mengganggu kehidupan kanak-kanak itu dengan menukar hak penjagaan

· Apa-apa sahaja yang menyebabkan seorang ibu atau bapa itu tidak layak mendapat hak penjagaan.

Jika kanak-kanak itu berumur di bawah tujuh tahun, mahkamah cenderung untuk memberi hak penjagaan kepada si ibu. Jika ada dua atau lebih kanak-kanak, mahkamah mungkin akan atau tidak akan memisahkan mereka apabila memberikan hak penjagaan. Mahkamah akan menilai apa yang terbaik bagi setiap seorang kanak-kanak itu. Walau bagaimanapun, mahkamah lebih suka untuk tidak memisahkan adik-beradik itu.

Syarat-syarat

Apabila mahkamah telah memberikan hak penjagaan, ia juga boleh mengenakan syarat-syarat penjagaan yang tertentu untuk dipatuhi. Syarat-syarat ini boleh jadi berkaitan dengan:

· Di mana kanak-kanak itu patut tinggal

· Pendidikan dan agama kanak-kanak itu

· Akses kepada kanak-kanak itu oleh salah seorang ibu bapa atau saudara mara yang tidak mempunyai hak penjagaan

· Penjagaan sementara kepada seseorang yang lain daripada ibu bapa atau penjaga yang sah.

Ibu bapa yang tidak mendapat hak penjagaan anak boleh meminta mahkamah membenarkan akses kepada kanak-kanak itu, atau meminta hak lawatan. Dia juga boleh meminta mahkamah untuk mengenakan syarat bagi menghalang suami/isteri yang mempunyai hak penjagaan dari membawa kanak-kanak itu keluar dari negara ini.

Anda juga boleh memohon mendapatkan hak penjagaan sementara dalam masa menunggu kes perceraian atau kes penjagaan anak anda didengar di mahkamah.

Perintah hak penjagaan yang diberikan oleh mahkamah tidak kekal dan boleh diubah berdasarkan permohonan dari salah seorang suami/isteri, jika terdapat perubahan pada situasi.

Kredit Info : ehomemakers.net : Siapa Patut Dapat Hak Penjagaan Anak.

1,240 total views, 3 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



One Response to “Siapa Patut Dapat Hak Penjagaan Anak.”

  • Harman:

    as salam dan salam satu malaysia tuan. sebelum ini saya telah membuat perintah kembali taat pada isteri atas nasihat mahkamah syariah kerana isteri tidak mahu mengikut suami bukan disebabkan dipukul atau tidak diberi makan tempat tinggal dan sebagainya tapi kerana dia(isteri) tidak mahu ikut. keputusannya dia (isteri) tidak mahu ikut juga dan meminta cerai.. saya menganggap tindakan ini sebagai nusyuz(derhaka) dan meminta cerai atas alasan tidak sefahaman bagi saya adalah tidak munasabah.
    persoalannya kami ada 2 org anak perempuan pada bulan 1 dis 2015 sorang berumur 6 tahun 2 bulan dan sorang 1 tahun 8 bulan.. saya sebagai suami ingin menjaga kedua anak saya maklumlah bukan saya yang (1) Nusyuz dan (2) Meminta Cerai tanpa alasan kukuh.. adakah 2 alasan ini pada pandangan Tuan.. memberi kelebihan kepada saya untuk mendapatkan hak penjagaan anak.. saya suami yang tidak berdosa adakah saya akan kehilangan hak penjagaan anak pada isteri yang berdosa pada suaminya?..

Leave a Reply

Archives