Posts Tagged ‘Surat’

Surat Anti-Yahudi Hitler Dipamerkan

Surat Hitler

LOS ANGELES – Sepucuk surat bekas pemimpin Jerman, Adolf Hitler yang bertaip pada 1919 yang diperoleh Pusat Simon Wiesenthal dipamerkan di Muzium Toleransi di sini.

Surat itu ditulis semasa Hitler menjadi askar Jerman dan sebelum dia menjadi pemimpin Nazi.

Ia merupakan surat yang mengandungi komen bagi mendesak supaya kaum Yahudi dihapuskan.

Pusat tersebut membeli surat tersebut pada harga AS$150,000 (RM478.180) daripada seorang pengedar di Calabasas.

Dalam satu bahagian dalam surat itu, Hitler menyatakan hak penduduk Yahudi perlu dinafikan.

Hitler merupakan pemimpin Jerman yang mencetuskan Perang Dunia Kedua.

61 total views, no views today

Surat Napoleon dilelong RM1.29 juta

FONTAINEBLEAU, Perancis – Sepucuk surat yang ditulis dalam bahasa Inggeris oleh Maharaja Perancis, Napoleon Bornaparte dilelong pada harga AS$405,000 (RM1.29 juta) kelmarin.

Ditulis pada kertas bersaiz standard bersama cop diraja, surat tersebut merupakan latihan kerja rumah yang dihantar oleh Napoleon kepada seorang guru bahasa Inggeris pada tahun 1816.

Menurut penganjur lelongan tersebut, latihan berkenaan adalah antara tiga pucuk surat berbahasa Inggeris yang pernah ditulis oleh Napoleon.

Surat tersebut dibeli oleh Muzium Surat dan Manuskrip di Paris yang memenangi ‘perang’ bidaan lelongan tersebut dekat sini, selatan Paris.

Harga lelongan tersebut lima kali ganda lebih tinggi daripada anggaran awal.

Dokumen itu merupakan bukti kukuh bahawa Napoleon pernah mempelajari bahasa tersebut walaupun pada usia yang lewat.

Menurut firma lelongan Osenat, Napoleon menulis surat itu semasa menjadi tahanan di Pulau Saint Helena selepas kalah dalam perang Waterloo.

“Beliau sebenarnya menyanjung England. Orang Inggeris telah salah faham. Napoleon tidak membenci mereka. Beliau cuma seorang pemimpin tentera dan kepentingan Perancis berbeza dengan kepentingan Inggeris,” kata Presiden Osenat, Jean-Pierre Osenat.

Napoleon mati ketika hidup dalam buangan di pulau tersebut pada 5 Mei 1821 semasa berusia 52 tahun.

35 total views, 1 views today

Contoh Surat Berhenti Kerja.

Contoh Surat Berhenti Kerja

Situasi : Upin bin Ipin ingin berhenti kerja dari Syarikat Putar Alam Sdn Bhd. Oleh yang demikian beliau memberikan surat berhenti kerja.

Surat Berhenti Kerja diberikan oleh pekerja kepada Majikan.

Read the rest of this entry »

223 total views, 9 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...